Kemalangan dan Insiden Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Kota_Kinabalu

Balai Daftar Masuk, Terminal 2
  • 6 Jun, 1976 - Sabah Air yang disewa membawa menteri terhempas berhampiran Sembulan ketika menurut untuk mendarat di lapangan terbang ini membunuh 11 penumpang termasuk Ketua menteri Sabah masa itu, Tun Fuad Stephens. Kemalangan itu dikenali sebagai "Double Six Tragedy".
  • 6 September 1991 - Jet esekutif peribadi dengan 10 orang Amerika dan 2 rakyat British terhempas ke dalam hutan berhampiran Hulu Kimanis, Papar, sekitar 50 km dari sini.
  • 16 November 1991 - Tiga orang polis terbunuh apabila Pilatus Porter 11 tempat duduk milik Tentera DiRaja Malaysia terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
  • 18 September 1993 - Lekukan 13.5 meter persegi terbentuk di hujung landasan menyebabkan lapangan terbang ditutup selama 70 minit.
  • 18 Julai 2003 - Dragonair penerbangan KA060, A330-342 daripada Hong Kong ke Kota Kinabalu mengalami turbulence teruk berkait dengan Ribut Tropika Koni di Laut China Selatan. 12 anak kapal dan tiga penumpang cedera, yang mana 2 anak kapal mengalami kecederaan teruk. Pesawat tersebut mendarat dengan selamat di Lapangan terbang Antarabangsa Hong Kong.
  • 8 November 2004 - Penerbangan AirAsia 104, iaitu pesawat Boeing 737 yang membawa 111 penumpang dan lima anak kapal tergelincir semasa mendarat. Tiga penumpang - seorang lima tahun perempuan dan dua wanita - telah tercedera semasa keluar dari pesawat dan dapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth.
  • 14 Disember 2005 - Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu telah ditutup untuk beberapa jam selepas sebuah kapal terbang AirAsia meletupkan sebuah tayar semasa mendarat. Tiada yang tercedera pada insiden 10.30pm tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Kota_Kinabalu http://www.azworldairports.com/airports/p2030bki.h... http://gc.kls2.com/airport/BKI http://worldaerodata.com/wad.cgi?airport=WBKK http://paul.rutgers.edu/~mcgrew/wwii/usaf/html/Jul... http://www.dailyexpress.com.my/print.cfm?NewsID=41... http://www.dailyexpress.com.my/print.cfm?NewsID=42... http://www.malaysiaairports.com.my/index.php?ch=17... http://www.malaysiaairports.com.my/index.php?ch=22... http://www.sabah.com.my/borneotrade/e1.htm http://www.wcte.com.my/WCTE/page.asp?catId=257